Salam to all... mungkin semua akan tertanya-tanya ke mana agaknya si tuan punya blog ni pergi.. sampai tak pernah update blognya... hehehe.. sebenarnya tak ke mana2.. cuma rasa malas nak update apa2... so sekarang mungkin semangatku telah kembali semula hendak menulis blog... (harap2 jgn sekejap saja angan2 ni)... nak dijadikan cerita rumah aku pon takda internet connection so malas jgk nak update apa2 walaupun banyak perkara telah berlaku sepanjang tahun 2010 yang lalu.. Ada yang teramat sedih.. dan digantikan dgn kegembiraan.. mungkin semuanya ada hikmah disebalik semua itu...
Apa yang boleh aku katakan, tahun 2010 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan buat aku sekeluarga.. yelah sekarang dah ada keluarga sendiri, so kenala cakap sekeluarga kan... catatan terkahirku adalah tentang bulan madu di kota kinabalu... menceritakan tentang RECAP, saya akan ceritakan secara dalam bentuk point. Sekadar memudahkan semua orang untuk memahaminya. So, let us start now...
1. Aku mula bekerja di syarikat baru pada April 2010. Quite hard to get started working here. With the scarce parking space allocated, aku dah mcm jadi pelarian kat sini. Setiap pagi kenala memandu sana ke mari nak cari parking, kat tepi rumah orang pun jadilah...huhuhu.Tapi sekarang aku dah dapat parking space sendiri... walaupun agak jauh nak berjalan tapi minda dan perasaanku menjadi tenang tatkala nak mulakan kerja setiap pagi...
2. Bulan May 2010, menjadi kenangan manis buat aku bila aku menang LUCKY DRAW!!!.. Grand prize plak tuh... Alhamdulillah. Tak sangka baru masuk kerja sini dah menang Grand Prize... kadang2 rasa bersalah tapi that's what we called LUCK right?? Tapi hadiah tu dah takda lagi sekarang... nantila aku cerita... sedih...
3. Banyak jugak tempat kami pergi setelah bergelar suami isteri ni... antaranya Melaka, Pangkor, Cameron Highlands, Lumut, Kuantan, Cherating dan yang terbaru Bukit Tinggi... Semuanya best2la, sampai tak sempat nak update blog...
4. Bulan September 2010 merupakan detik ujian melanda buat kami. Kami terkejut bila sahaja kami pulang dari rumah lepas kerja, pintu rumah kami terbuka seluas2nya dan barang2 berharga semuanya telah hilang... Aku dengan wife aku terduduk sekejap cuba mengamati adakah yang berlaku di depan mata semuanya realiti... Ya, ia memang benar... Huhuhu.. TV 50" Plasma yang aku menang semasa bulan April lalu telah hilang sekelip mata. Begitu juga dengan barang kemas wife aku, laptop, jam tanganku dan barang berharga lain telah lesap sama sekali... Kami redha atas apa yang berlaku. Walaupun pencuri tersebut telah ditangkap.. ia tetap member kesan trauma terhadap kami.
5. Atas apa yang berlaku, bulan Oktober yang lalu, kami telah berpindah rumah ke kawasan Selayang kerana tidak sanggup melihat nostalgia sedih yang berlaku di rumah lama. Tambahan lagi, kami TRAUMA dengan atas apa yang berlaku.
6. Mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya... Pada bulan September juga menjadi kenangan manis apabila aku bakal menjadi seorang ayah. Wife aku disahkan mengandung... Alhamdulillah. Ketika usia kandungan menginjak ke 6 bulan sekarang ni.. aku semakin berdebar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah... inilah fasa kehidupanku yang baru nanti... Moga anak dan isteriku selamat hendak-Nya... AMIN...
Lastly, banyak perkara yang aku pelajari sepanjang 2010 yang lalu dan sedikit sebanyak mematangkan diriku sebagai seorang insan... Alhamdulillah...
|